TOP LENDING
MALAYSIA

Dasar Privasi (Privacy Policy) –

Dasar Privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenis maklumat yang kami kumpulkan dan tujuannya. Apabila anda menggunakan perkhidmatan TopLendingMalaysia.com, anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami faham bahawa ini merupakan tanggungjawab yang besar dan kami bertekad untuk melindungi maklumat anda.

TopLendingMalaysia.com dan  berkaitannya (“TopLendingMalaysia.com” atau “kami”) adalah kumpulan kewangan di Malaysia. Kami adalah komited untuk memastikan bahawa apabila kami mengumpul dan memproses maklumat mengenai pelawat-pelawat (“anda”) ke laman web kami, kami berbuat demikian selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).

Klik sini untuk kembali ke muka surat sebelum ini

1. Pengumpulan Maklumat Peribadi

TopLendingMalaysia.com mungkin mengumpul maklumat mengenai anda (secara kolektif “data peribadi anda”) seperti nama, butir-butir perhubungan, kelayakan, akreditasi dan butir-butir pekerjaan anda. Kami mungkin juga mengumpul maklumat peribadi yang lain untuk memberi khidmat nasihat kepada anda atau untuk tujuan penilaian permohonan anda sepanjang urusan kami dengan anda. (Sebagai contoh, anda mengisi borang permohonan yang akan dinilai pegawai kami untuk verifikasi identiti anda, menilai kelayakan anda atau membekalkan khidmat konsultasi kepada anda). Di mana dapat dilaksanakan, tujuan kami mengumpul data peribadi anda akan dijelaskan kepada anda semasa data peribadi anda dikumpul.

Apabila anda melayari laman web kami, kami mungkin mengumpul data melalui alat analisis web, seperti Google Analytics dan Google Tag Manager, apabila anda:

(a)        mendaftar atau melanggan laman web kami atau meminta perkhidmatan-perkhidmatan dari kami;

(b)        menghubungi kami untuk membuat laporan tentang masalah berkenaan laman web kami atau untuk membuat sebarang pertanyaan, ciri-ciri laman web, borang online; dan

(c)        menghubungi TopLendingMalaysia.com secara dalam talian untuk mendapat perkhidmatan kami. Penghantaran borang online dengan butir -butir anda kepada kami merupakan persetujuan nyata anda untuk kami mengguna, menyimpan dan memproses data peribadi anda untuk, antara lain, menilai permohonan anda dan membenarkan kami untuk menjalankan sebarang pemeriksaan rujukan dan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin perlu dijalankan oleh kami di bawah mana-mana undang-undang Malaysia yang terpakai. TopLendingMalaysia.com juga mungkin mengumpul data peribadi anda dari maklumat dan rekod umum dan pihak ketiga.

2. Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi

TopLendingMalaysia.com akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda untuk sebarang tujuan lain tanpa mendapatkan persetujuan anda terdahulu, kecuali di mana dikehendaki oleh undang-undang. Secara am, kami hanya akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

(a)        memberi atau memudahkan penghantaran perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda;

(b)       mengekalkan hubungan urusan kita, di mana anda merupakan pengguna perkhidmatan kami atau parti kepada perjanjian perkhidmatan antara kita;

(c)        berkomunikasi dengan anda, termasuk menjawab pertanyaan–pertanyaan anda;

(d)         pemasaran dan promosi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan  kepada anda, menasihati anda tentang berita-berita dan kemaskini industri, kemaskini undang-undang, promosi-promosi, laporan-laporan dan maklumat lain. Sekiranya anda tidak ingin menerima komunikasi sedemikian,  anda boleh berhenti melanggan daripada komunikasi-komunikasi tersebut pada bila-bila masa;

(e)        kepada pihak ketiga seperti WordPress dan Google yang berperanan sebagai pemilik dan pentadbir hosting platform dan alat-alat analisis web. Pihak ketiga tersebut wajib mematuhi Terma Penggunaan, Dasar Data Google dan Dasar Pengiklanan Google yang selaras dengan janji-janji privasi dan kerahsiaan TopLendingMalaysia.com  ;

(f)        sekiranya TopLendingMalaysia.com bergabung dengan atau diambil alih oleh perniagaan lain, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pemilik-pemilik baru perniagaan dan penasihat-penasihat mereka dan sekiranya ini berlaku, anda akan dimaklumkan tentang kejadian tersebut;

(g)         kami juga boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pengawal selia atau pihak penguatkuasaan undang-undang, jika mereka mengehendaki kami berbuat demikian;

(h)        kami juga akan mendapatkan persetujuan anda sebelum kami mengumpul, menyimpan, mengguna dan mendedah data peribadi anda untuk sebarang tujuan atau sebab yang tidak disenaraikan di atas atau yang dibenarkan di bawah APDP atau sebarang undang-undang lain yang

3. Keselamatan

TopLendingMalaysia.com mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan data peribadi anda selamat, tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Internet bukan selalunya satu kaedah yang selamat untuk menghantar data. Oleh itu, walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda dengan melaksanakan sistem keselamatan digital di pelbagai bahagian laman web kami. Namun demikian, TopLendingMalaysia.com tidak boleh bertanggungjawab terhadap keselamatan data yang telah dihantar oleh anda kepada kami menerusi kaedah yang tidak selamat (akses internet anda atau alat perhubungan yang telah dikompromii). Dalam keadaan yang tidak mematuhi amalan keselamatan data asas, TopLendingMalaysia.com  , kami tidak boleh menjamin bahawa privasi anda akan dilindungi selaras dengan Dasar Privasi ini, . Anda patut merujuk kepada dasar keselamatan data pembekal khidmat internet (atau “ISP”) anda memandangkan kami tidak mempunyai kawalan terhadap mereka dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang data yang telah dikompromii sebelum data diterima TopLendingMalaysia.com  .

9. Akses kepada Data Peribadi

Anda boleh meminta akses dan pembetulan kepada data peribadi anda yang dipegang di TopLendingMalaysia.com atau meminta bahawa data peribadi anda dikemaskini atau dipadam dengan menghubungi Pegawai Privasi TopLendingMalaysia.com seperti yang dinyatakan di bawah. Kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut mengenai permintaan anda. Di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian, kami boleh menolak permintaan anda dan memberi sebab-sebab kami untuknya. Misalnya, di mana anda meminta supaya data peribadi anda dikemaskini atau diperbetulkan dan terdapat pertikaian mengenai fakta-fakta, kami akan membuat nota pada data peribadi anda berkenaan pertikaian itu..

Anda juga boleh meminta TopLendingMalaysia.com berhenti menggunakan data peribadi anda dan menghubungi anda dan kami akan mematuhi permintaan anda. Namun demikian, jika permintaan ini melibatkan permintaan untuk memadamkan fail anda, sila maklum bahawa kami tidak perlu atau tidak dapat berbuat demikian, terutamanya jika anda masih ada urusan dengan kami (seperti perjanjian antara kita yang masih aktif). Kami berhak untuk mengenakan bayaran pentadbiran untuk sebarang akses data dan permintaan pembetulan.

10. Aduan

Di TopLendingMalaysia.com kami berhasrat untuk mengakui penerimaan aduan anda secepat yang mungkin dan komited untuk menyelesaikan semua aduan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari  Namun demikian, mungkin terdapat keadaan di mana ini adalah tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kandungan aduan tersebut. Dalam keadaan demikian, kami akan membalas aduan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Anda mungkin ingin menghubungi Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi jika anda tidak berpuas hati dengan balasan kami kepada aduan anda.

11. Perhubungan

Anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami  dengan menulis  kepada kami di alamat e-mel kami atau alamat pos kami di bawah, jika anda ingin meminta untuk  mengakses data peribadi anda yang dipegang oleh kami, meminta bahawa data peribadi anda dikemaskini atau diperbetulkan, atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami. Jika anda ingin sebarang maklumat lanjut, atau anda mempunyai sebarang komen mengenai Dasar Privasi ini atau sebarang soalan atau aduan terhadap sebarang isu privasi, ini juga patut dikomunikasikan kepada kami dengan cara yang sama.

Butir-butir Perhubungan:  [email protected]:

TopLendingMalaysia.com

12. Perubahan kepada Dasar Privasi ini

TopLendingMalaysia.com mungkin meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu kepada anda. Kami menyarankan anda kerap melayari laman web kami untuk mengikuti sebarang perubahan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris, Dasar Privasi ini, versi Bahasa Malaysia akan diguna pakai.

Klik sini untuk kembali ke muka surat sebelum ini

Pelan Pembiayaan Pinjaman (CONTOH)

Jadual ini adalah contoh pelan pembiayaan pinjaman dan bayaran ansuran tetap setiap bulan yang perlu dibayar sepanjang tempoh pembiayaan. Pelan ini berdasarkan jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah tahunan (APR) di antara 8% – 15%. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pelan-pelan pinjaman, penilaian, terma dan syarat perjanjian dan kadar semasa, sila menghubungi kami.          Klik sini untuk kembali ke muka surat sebelum ini

Total Loan(RM) 12 bulan 24 bulan 36 bulan 48 bulan 60 bulan 72 bulan
5,000 467 258 189 254 133 119
10,000 933 517 378 308 267 239
20,000 1,867 1,033 756 617 533 478
40,000 3,733 2,067 1,511 1,233 1,067 956
60,000 5,600 3,100 2,267 1,850 1,600 1,433
80,000 7,467 4,133 3,022 2,467 2,133 1,911
  • Kadar faedah tahunan (APR) adalah di antara 8% – 15%.
  • Kadar faedah tahunan pinjaman muktamad dalam pelan akan bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang dipilih. Untuk maklumat lanjut dan kadar semasa, sila menghubungi kami.
  • Tempoh minimum pembayaran balik: 6 bulan. *Tertakluk kepada pelan yang telah disahkan anda.
  • Jumlah pinjaman, tempoh dan kadar faedah yang ditawarkan dalam pelan adalah berdasarkan maklumat yang dikemukakan anda. *Tertakluk kepada pelan yang disahkan anda.
  • Sila menghubungi kami untuk khidmat nasihat percuma. Kami akan menilai dan mencadangkan pelan yang selaras dengan permohonan anda.
  • Contoh pelan pinjaman:
    1. Jumlah Pinjaman yang di ambil: RM5000 dan tempoh pinjaman 12 bulan.
      Faedah: RM467.
    2. Jumlah yang dibayar pada tempoh tamat pembiayaan: RM5604

Pelan Pembiayaan Pinjaman (CONTOH)

Jadual ini adalah contoh pelan pembiayaan pinjaman dan bayaran ansuran tetap setiap bulan yang perlu dibayar sepanjang tempoh pembiayaan. Pelan ini berdasarkan jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah tahunan (APR) di antara 8% – 15%. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pelan-pelan pinjaman, penilaian, terma dan syarat perjanjian dan kadar semasa, sila menghubungi kami.

Total Loan(RM) 12 bulan 24 bulan 36 bulan 48 bulan 60 bulan 72 bulan
5,000 467 258 189 254 133 119
10,000 933 517 378 308 267 239
20,000 1,867 1,033 756 617 533 478
40,000 3,733 2,067 1,511 1,233 1,067 956
60,000 5,600 3,100 2,267 1,850 1,600 1,433
80,000 7,467 4,133 3,022 2,467 2,133 1,911
  • Kadar faedah tahunan (APR) adalah di antara 8% – 15%.
  • Kadar faedah tahunan pinjaman muktamad dalam pelan akan bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang dipilih. Untuk maklumat lanjut dan kadar semasa, sila menghubungi kami.
  • Tempoh minimum pembayaran balik: 6 bulan. *Tertakluk kepada pelan yang telah disahkan anda.
  • Jumlah pinjaman, tempoh dan kadar faedah yang ditawarkan dalam pelan adalah berdasarkan maklumat yang dikemukakan anda. *Tertakluk kepada pelan yang disahkan anda.
  • Sila menghubungi kami untuk khidmat nasihat percuma. Kami akan menilai dan mencadangkan pelan yang selaras dengan permohonan anda.
  • Contoh pelan pinjaman:
    1. Jumlah Pinjaman yang di ambil: RM5000 dan tempoh pinjaman 12 bulan.
      Faedah: RM467.
    2. Jumlah yang dibayar pada tempoh tamat pembiayaan: RM5604